8 Tips Masuk U untuk Freshies

TIPS MASUK U

First, lemme mukadimah dulu la kan? Sekarang bulan Mei. Gelek sikit :D 


Why? Mesti tertanya-tanya why dengan bulan Mei kan? Sebab bulan Mei is bulan paling popular bagi sis kot :D  Time bulan ni la birthday mummy sis (Syaheera Zubir - My ex-roomate time diploma), birthday adik sis (Ain Najwa - The only sis), birthday my one and only mama (Sarimah Mat Jali), birthday bff sis (Amira Syuhada a.k.a Mika), hari ibu, hari guru, hari buruh and also sis rasa bulan Mei lah sis lapor diri kat UITM Merbok untuk Diploma sis. So? Hari masuk diploma! Yey.


Okay, sis nak ucapkan tahniah if there is any spm leavers yang berjaya sambung belajar ke peringkat diploma, matrikulasi, politeknik, stpm, kolej and etc. To those yang kurang berjaya, jangan sedih weh. You are not alone. I bet ramai yang pasti tak dapat sambung punya (Usually first intake mmg ramai tak berpeluang sambung ke peringkat tinggi) :D Keep on facing forward and plan your strategy. 

Sebelum sis dok merepek panjang-panjang, sis buat entry ni to those yang dok buat preparation nak masuk U tu haaaaa. Mesti hampa semua dah tergedik-gedik tak sabaq nak masuk U kan? Hahahaha Meh sini sis nak bagi tips-tips yang hampa kena ketahui sebelum masuk U. Ye la. Sis dah dua kali masuk U, first, time Diploma kat UITM Merbok (the best i tell ya) and next one Degree kat UITM Puncak Alam (most beautiful kampus i tell ya). Haha btw sis mmg bangga la graduate from dua-dua universiti ni eventhough pangkalnya sama :P

So here we are. I'm going to dish out the tips:
    1. Jangan jadi class rep. Hahaha see the bold one? Jangan okay! Sebabnya sis tak penah pon jadi class rep. Hahaha but one of my closest friend is class rep. Tak tau classrep apa? Oh ya lah. Sekolah dulu hampa panggil ketua kelaih kan. Class rep ni adalah class representative. Kira mcm ketua kelaih la. Tpi title tu upgrade sikit jadi class rep. Sebabnya kalau hampa dilantik jadi class rep ni, hampa siap-siap la emosi, jasmani dan money? Hahaha Sebab nnt konfem lecturer akn suruh hampa fotostat byk notes (usually slides or tutorial la) and of cos la bila fotostat kena bayaq pakai duit kan. Tp masalahnya kawan kelaih hampa konfem akn ada hat jenih liat bayaq i tell ya. Lillahitaaala tak tipu. Mostly lelaki la (Bukan bias statement). Peace :P
    1. Jangan percaya kat kawan-kawan yang kata "aku tak study apa-apa pun”, “aku tak study lagi”, “apa benda la aku study tak paham langsung" ini semuaa dusta! Hahaha sebab benda ni mmg sis alami sendiri. Sis pon tak tau cena. Sis ni awai-awai masuk U besa la main-main lu. Mana ada masuk-masuk struggle terus kan. Tipikal student-student yang bajet dah habis pandai dengan result spm depa la walaupun hakikatnya haremmm! But then waktu esok nak test, kita pon pulun la kan nak pi tanya kawan kita dah baca chapter bapa dah. Kengkonon nak catch-up. Al-maklum la, dalam kelas sis ni kaki ternak taik mata plus kuat berangan. So gelabah la sikit sebab depa tu dalam kelas dh excellent. Kita yang ketinggalan ni kena work hard lebih sikit. Sis pon pi la melawat dari bilik ke bilik utk sukat sebanyak mana ilmu yang dah masuk dalam dada depa. Tp mostly skema jawapan yang sama sis akan terima. Jawapan apa? Tu hat macam sis dok bold kat atas tu la. So pesan sis “not everything that worked on others will work on you. Find your own way, your own solution. Find them fast, don't waste your time.” Some of them baca sekali terus serap mcm span, some of them plak kena baca notes sampai tonggeng terbalik selama 2 jam, pon depa tak paham apa depa baca. (i am that one yang tonggeng terbalik)
    2. Jangan dok plagiat assignment orang. Tahu apa itu plagiat? Plagiarism? Tak tau? Meh sis nak bagitau. Maksud dia copy paste. Haa maksudnya korang copy paste assignment orang ler. Jangan la weh. Kesian dorang penat-penat tak tido buat assignment, karang ayat habis bombastik last-last nak present tengok-tengok sama dengan korang. Bila assignment sama ni automatically lec akn compare which is better. Sis memang tak galakkan la sbb sis penah terkena. Sobs sobs. Sedih kot kalau orang dok tiru assignment kita? Ya la. Sis ni jenih perfectionist, so every paragraph and every lines i did with details haaa. Sapa tiru mmg sis boleh detect. So bila kita niat nak tolong orang dgn bagi assignment kita sebagai contoh but then depa salahgunakan kebaikan kita mmg sis mcm nak jerit kt telinga depa ‘Lahanat~’. Plagiarism is totally no-no in University. So unethical guys. So, beware!
    3. Jangan silentkan phone / Jangan tutup wifi / Jangan tutup mobile data. Sebab pa? Sebab hidup sis selalu kelam kabut kerana ketiga-tiga ni. First, jangan silent fon. Sis jenih ingatan mcm gam 3 seconds. Serious i tell ya. Letak fon kat tepi kepala sebelum tidoq tapi bangun tidoq cari fon tak jumpa. Bila mintak tolong roomate utk call, mmg tak berdering ar cita dia. Ceq silent fon kot *cries* End up that fon terperosok bawah katil (mostly), kengkadang tepi pintu, kengkadang jugak bawah meja study or penah sekali tu kt belakang almari. Sis taekwondo fon tu kot time tidoq noh? 2nd and 3rd, jgn tutup wifi or mobile data sebab ianya penting sangat untuk classrep korang hapdate kelaih cancel. Weh, seronok kot kalau classrep whatsapp kata kelas cancel. Well time sis, sis selalu baca wasep time dah nak sampai kelaih or time turun tangga UiTM puncak alam tu. Hazab kot. Pastu mula la perkataan-perkataan tak bertauliah berterabur keluaq dari mulut. Hahaha tp alhamdulillah lepaih-lepaih tu kawan-kawan sis yang prihatin yang tau perangai sis ni akan call kalau ada kelas cancel sbb normally sis mmg jarang tengok whatsapp (gigih haa sis eja). Kalau depa call sis tak dapat, depa call roomate sis. Hebat dak depa? Tengok la sapa kawan depa.
    4. Jangan dok ikut kawan korang tak tidoq tengah malam sbb tengok movie or runningman. Ini betul2 i tell you olls. Sebab sis pon mcm tu gak. Hahaha. Yang tak pahamnya deret time esok kelas pagi, time tu la kawan sis bergimrama depan pintu bilik buat surprise cakap dah download anime episod latest lah, dah download runningman yang pling baru la, dh download citer Kingsman lah and memacam lah. Haaa korang jgn nak terpengaruh pulak? Cukup la sis dulu buat keja-keja ceni. Tak sanggup tengok korang ikut jejak sis pegi kelas muka mcm zombie, pegi kelas gosok gigi tak mandi sbb bangun lambat and so on. Nak enjoy movie boleh but time management is important okay. Tengok ler time weekend ke, or time esok kelas first pukul 2:00 petang ker. Jenis sis ni, jenis tak sabar. Dapat-dapat, idoknye ler nak peram lelame. Terus tengok sambil kunyah cikedis terus. Ekstrem kan?
    5. Jangan lupa sediakan stok makanan secukupnya. Penting jugak ni utk korang yang jenis dah biasa kat rumah ada benda ja nak mengunyah. Macam sis, asal parent sis datang melawat memang sis akan list apa benda yang sis nak untuk dorang bawak. Usually makanan. Maggi Kari, Milo 3in1 and Jajan. Ada tiga benda tu konfem korang takkan muncung kelaparan atau kebosanan. Bukan apa, time sis dulu sis akan pastikan loker sis penuh dengan makanan. Tapi sis ada incident yang sis mmg tak boleh lupa which is ada sekali tu parent sis baru stock up makanan-makanan lam loker tu so mmg meriah ler tgk. Then dalam pukul 1-2 pagi cemtu ada someone ketuk pintu bilik sis mintak maggi. Time tu sis bagi ja. But then esok tu dia ketuk pintu bilik lagi untuk mai sembang-sembang. Then dia dok p buat inspection kt loker sis nak tgk makanan apa yang sis ada. Pastu suruh orang tolong bukak chipsmore. Sis pon mcm okay ja sbb bukannya makan sangat pon. Kongsi pi la kan. Tp kan lepas dua tiga kali dia dok buat perangai gini, sis mcm “Eh apasal dia dok mai mintak makanan kat aku ja? Sampai habis stok aku dia bedal” Serious kot. Kadang-kadang sampai mintak milo orang. Setakat satu dua sachet tu okay, tapi dah melarat sampai lima enam sachet mmg sis nak ngamuk la jugak. And one day, sis plan utk sorok all my stock dalam bagasi and guess what? Dia tanya “Why takdak makanan ni? Bila mak hang nak datang”. Dia tnya gutu. Haiya. Tak malu punya olang. So take note freshies sekalian buat baik berpada-pada jangan sampai ditindas orang.
    6. Jangan dok terpengaruh dengan iklan shampoo langgar bahu jatuh cinta or masuk U jumpa jodoh. Pesan sis is tetapkan niat and kuatkan semangat. Korang tak payah terpengaruh sangat la dengan iklan yang korang langgar awek sebelah bertentang mata tulang rusuk bergetar or korang langgar pakwe waktu tengah fokus baca buku bertentang mata jatuh cinta la. Itu semua cliche’ i tell ya. Tak dak nya korang nak experience benda-benda cemtu. Fantasi sangat. One more, byk makcik or pakcik akan pesan “Nak cari jodoh nnt cari la time U” hahaha tipikal makcik pakcik. Depa bajet masuk U ni kita akan jumpa jodoh kot? Tak dinafikan 10% of student bertemu jodoh disini, but bear in mind, usually depa ni bukan single pon and depa usually nak test market ja. Not more than that.
    7. Jangan dok bajet sangat cuti study week or cuti midsem bawak balik buku melambak. Apasal? Sebab sis berani kerat jari hampa-hampa semua tak baca pon. Sis tau la sebab sis pon macam tu. Sis selalu bajet kat umah nak baca la apa la last-last korang pergi mcm tu korang balik pon mcm tu la. Tak berusik pon buku-buku or notes tu suma. Kalau hat jenih cerdik pandai depa akan upgrade sikit. Depa selak buku tu buat cukup syarat. Pastu buh balik lam beg and balik U balik. Sepanjang sis belajaq, sepanjang tu sis buat and sepanjang tu jugak la sis tak penah baca buku kat rumah. I also dun know why. Nak menunjuk kata rajin kat roomate kot? Or aura nak baca buku tak cukup kuat maybe? Sbb korang akan rasa tak cukup masa kt rumah, or korang akan ckp kt diri sendiri nanti-nantilah selak, or tak der feel lah nak baca buku and so on. So better korang tak payah dok buat berat beg usung buku-buku tu pi balik mai. Baik korang simpan space tu utk bawak balik makanan dari rumah. Hehe :P

    So thats all tips masuk U dari sis. Harap membantu. Kalau tak membantu pon okay la sekadar menambah ilmu hampa-hampa semua nak adapt dengan kehidupan kat U. Goodluck adik-adik semua. Sis harap korang dapat banggakan ibubapa korang dengan result korang and buat elok-elok tau masuk U ni. Ingat yang kita dah diberi peluang untuk mencapai impian kita so gunakan sebaiknya sbb ramai lagi yang tak berpeluang masuk U. Contohnya adik sis. Ahaks~ *Lambai tangan kat Ain* :D

Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Klau tak kata dkt aku tak sah kan? K sedih tak dpt msuk U mcm org tuh. So sad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHA sorry la adik manis. Hv faith on Allah swt. He is the best planner. Ada sesuatu pasti menantimu.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tips Elak Breakout Lebih Teruk!

Susah ke Master?

Sisters. Can’t live with, can’t live without!